Friday, March 11, 2011

Tanda-Tanda Kiamat Sudah Dekat..!!

Tanda-tanda besar

  • Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah atau perceraian tidak diluluskan mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus
  • Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah
  • 3 kali gempa bumi
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama

Tanda-tanda kecil

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalamhadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

  • Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1]
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[perlu rujukan]
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan]
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan]
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan]
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu rujukan]
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu rujukan]
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan]
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

-hadis bawah-

  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

-hadis bawah-

  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

-hadis bawah-

  • Orang akan melakukan homoseksual.

-hadis bawah-

  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.

- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

  • Berkurangnya sifat amanah

-hadis bawah-

  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

-hadis bawah-

  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

-hadis bawah-

  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

-hadis bawah-

  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

-hadis bawah-

  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

-hadis bawah-

  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

[perlu rujukan]

  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

-hadis bawah-

  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

-hadis bawah-

  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

-hadis bawah-

  • Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

[perlu rujukan]

  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

[perlu rujukan]

  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi danRom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

[perlu rujukan]

  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

[perlu rujukan]

  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2]
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

-hadis bawah-

  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.


Tanda Besar Kiamat...!!

Salam....
hari neh entry aku nak cerita psl earthquake berserta ngan tsunami yang dah melanda Jepun...kejadian neh berlaku dari kelmarin lagi kan...aku tau pon sbb family aku memang mengikuti perkembangan dunia melalui berita....tak cukup ngan berita TV 1,2,3 ngan NTV7 n TV 9...diaorg g tengok berita astro Awani channel 501 (Berita Segenab Dimensi...hehehehe)...tak pun berita CTVN channel 509 astro n Bernama TV(BRTV) channel 502 astro...*chewahh...aku ingat semua nya la...hehehehe...*
dari stesen2 TV neh la diaorg dapat tau berita ttg seluruh dunia neh...pastu,aku balik dari sekolah kelmarin,mak aku g la bukak TV CTVN tuh...tiba2 ada berita tergempar yg menyatakan Gempa Bumi yang teruk telah berlaku di Jepun...siaran tu LIVE lagi...aku dapat tengok bangunan2 serta facilities yang da kat situ semua bergoyang....aku apa lagi...aku yang takut tengok...aku takut bangunan besaw2 tu jatuh menghempap org2 yg ada kat situ..kan ke teruk tu...
petang nya pulak,dalam pukul 5 mcm tu la kot...masih lagi kat channel yang sama,kejadian tsunami pulak....isk3....aku pun tak tau la..berganda2 dugaan yg Allah dah bagi...kalo tak insaf2 lagi,tak tau la aku...tu la bencana alam yang terbesar setakat neh....time tengok tsunami tu memusnahkan bandar2 Jepun tu,naik bulu roma aku..gerun...takut2 terkena pulak ngan negara kita...tapi aku tak mintak la..."Ya Allah..yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...Kau ampun kan la segala dosa2 hamba2 Mu ini...Jauhi lah kami dari segala bala bencana seperti yang telah Engkau telah jadikan di negara Jepun sekarang ini...Amin Ya Rabbal 'Alamin.."

aku ada dapat beberapa..eh...bukan beberapa...kira banyak la jugak...gambar2 kejadian bencana alam dekat Jepun tu....





















kalo nak tau lebih lanjut lagi,korg g sini.."Japan Tsunami"

Subhanallah...gempa bumi neh ada maksudnya....maknanya kita semakin dekat dgn akhir zaman....dunia semakin dekat dgn Kiamat...gempa bumi neh merupakan tanda-tanda besar Kiamat...jadi,sama2 la kita berdoa agar d selamatkan d dunia dan d akhirat...Amin...

Buduh nya aku!!

Salam...
hehehehe...malam neh aku nak cerita ckit ttg perkembangan ujian aku hari Khamis 10/3/2011 ari tuh...
aku ujian EA ngan BM kertas 1...BM ok lagi..aku boleh jawab dgn tenang...tapi yang masalahnya,berkaitan ngan kertas ujian EA aku...soalan2 nya punya la susah...tapi,yg lain tu aku leh jawab la...aku harap banyak yang betul...Amin....
satu soalan neh bahagian esei soalan 5...
soalan tu tanya,"Gambar 2 menunjukkan logo institusi kewangan yang terdapat di Malaysia."
pastu dia tunjuk gambar neh ha...


Gambar 2

"terangkan peranan bank di atas. (7 Markah) "

pastu..aku jadi blurr....aku rasa aku cukup kenal ngan logo neh...tapi,aku tak tau kat mana aku pernah tengok benda neh...lama jugak aku stuck kat soklan neh...last2,aku rasa aku dah takda harapan nak menjawab soklan neh..aku give up...aku tinggalkan je soklan tu...perghh...rugi sesgt rasa aku neh...7 markah...bukan nya sikit...banyak tu..

pas aku g balik dari bertugas time rehat,aku g balik kelas...kawan aku cakap kat aku...aku jawab apa kat soklan 5 tuh...aku jawab la aku biar kosong cmtu je..aku ingat kan aku sorg je buat mcm tu..rupa2nya banyak lagi classmate aku yg buat kerja tu...hahahaha...
pastu,Siti tanya ngan aku..tau tak tu logo apa?....aku jawab la dgn slumber nya...tak tau..tu sbb tak jawab...hehehe...
pastu dia cakap..tu sbnrnya logo 'BANK PUSAT'...
@.@!!!!
terkezut aku...aku tanya balik...mcm mana tau??..dalam hati ckp sendiri,"dah search kat internet ke budak neh...cepat betol.."
dia jawab,"cuba tengok kat duit kertas.."
tengok gambar di bawah!!


nampak tak gambar sang Kancil tu?aku dah besarkan dh,takut2 kalo korg tak nampak...hehehehe...cuba korg bandingkan gambar duit tu ngan gambar rajah soalan ujian aku tu...sama kan...ha....tu la yang kwn aku mksdkan...
pas aku bandingkan kedua2 gambar tu,aku menyesal sgt...frust giler...berapa lama dah aku pegang duit?berapa lama aku dah tengok,belek2 duit?
agaknya aku selama neh guna duit luar negara kot...tu sebab tak perasan logo tu...hahahaha....
habes la aku pas cuti neh...kena lecture ngan cikgu EA kitaorg....tidakkkkkkk!!!ampunkan daku!!
huuuuu....
takpa2....terima la seadanya...T.T

opss...sblm aku trlupa...aku nak share cket ngn korg..kalo korg blm tengok lagi rupa duit2 lama..meh cek tunjuk kan...huhuhu...tekan punat neh, DUIT DAHULU KALA!!
aku pon baru je tengok tadi..aku jumpa pon time aku tgh search gambar duit seringgit tu hah...
bukan apa...nak guna gambar duit seringgit yang aku ambik sendiri tu,ta nak pulak...takut korg tak leh nampak logo bank tu ha...lagi pon gmbr duit seringgit yg aku ambik sendiri tu dah mcm duit lama dah...dgn kedut2 nya..siap ada tompok kena kicap lagi tu...hehehehe..tu sebab aku tak nak tunjuk...XD

hm...ok la....klao aku ada masa aku update ngn entry lain lagi eik...da..Wassalam...^^Y

p/s:Selamat Bercuti!!!n semoga selamat la org2 kat Jepun yang sekarang neh tgh gempar dgn berita gempa bumi n tsunami yang teruk tu...

Tuesday, March 8, 2011

Memang dah Takdir aku!!

Salam...
hekhekhek...
aku tengah exam sbnrnya minggu neh...



sambungan dr minggu lps la...kitaorg start exam las week hari Khamis...Rabu sbnrnya dah start..tapi,bagi org yg ambik Bahasa Cina ngan Bahasa Iban je la....aku bukannya amik matapelajaran tu pon...tak ada kaitan langsung...
fuh...ari Khamis tu kitaorg ujian Bhasa Melayu kertas 2 ngn English kertas 1...fuh...baru tengok je kertas ujian dah nek pengsan...tu ok lagi...nak pengsan je...pastu esok harinya,hari Jumaat...2 2 tu paper Sejarah...apa lagi kitaorg neh...baru tengok front page kertas tu pon dah tau apa isi2 nya...bila bukak je kertas mukasurat 1...
PAANNNGGGG!!!!DUSH2!!!...adoiiihhh..kelas kitaorg dah bunyi mcm lalat dah d sebabkan banyak classmate aku merungut tengok soklan yang teramat susah tu..."ngiiiiiiiiitttttttttttttt!!!!!....blablablablabla...."
aku terkasima...tak tau aku nak cakap mcm mana....aku dah belajar dah....tapi.....kebanyakan yang aku dah ulangkaji tu tak banyak masyuk lam exam tu...isk....terpaksa la aku guna mesin gun...pastu,ada classmate aku ckp,"Cekgu,soklan neh yang salah sebenarnya kan...jawapan saya betol cekgu.."..hahahaha...suka hati ngko je nak menyalahkan soklan tu...kalo dh slh tu,slh je la...hehehe...
pastu,cekgu aku cakap kalo dah tak tau nak jwb pe,tulis je la apa2 jwpn,asalkan logik...huhuhu...aku letak la apa2 yg berkaitan ngn sejarah...aku hrp aku lulus la lam exam kali neh...tak nak la aku gagal lagi lam sejarah....*ekekeke...pecah rahsia..Xp..*

hm...hari neh pulak..aku exam Mathematics paper 2...pon susah jugak...berapa kali dah aku ulangkaji...pon tak boleh jugak...agaknya memang betol la apa yg kwn aku cakap tu..soklan exam tu yang slh sbnrnya kan...huhuhu...
bukan apa...semua ok...pastu,kawan sebelah meja aku tu,dia ada ternampak time aku buat ujian tu...opss....jgn salah tafsir eik..kitaorg budah baik...tak main la kalo tiru2 neh..dia hanya 'TER'tengok...dia ckp soklan 1 tadi aku jwb salah...dia bagitau aku time kitaorg habis ujian...aku rasa aku dah teliti betol2 dah...tapi,bila aku fikir2 balik,rupa2 nya aku terlebih lorekkan gambar rajah tu..tu sebab aku salah...hmm...memang dah nasib aku..berapa kali dah aku cuai lam buat exam neh...rasa nak memanges pon ada...tapi,kalo menangis sampai air mata darah sekali pon,aku tak kan dapat kembalikan semuanya balik...hmm...nasi dah menjadi bubur...nak tak nak...makan je la...kalo tak dapat gigit pon,telan je pon ok pe...last2 jadi bahan buangan jugak kan...
tapi,kalo la aku neh ada magik...kalo tak pon ada mesin masa yg boleh bawak aku ke masa silam mcm yg Doraemon punya tu...


kan bagus...boleh la aku mengulang masa balik...ekeke
heh..bagus tak payah hidup kalo mcm tu...tak ada thrill langsung...tak pe la..aku redha dgn ketentuan neh...huhuhuuuuu......

ok la...azan dah berkumandang pon...jadi,makna nya aku kena blah...lagipon aku nak ulangkaji kjap lagi...kalo aku ada masa aku akn update lagi eik...ok...da...wassalam...^^Y

p/s:harap2 la ujian esok tak susah sgt...Amin!!!!^^

Friday, March 4, 2011

No Plastic Bag!!!

Salam...hehehehe...
sang suria sgt hepi hari neh membuatkan cuaca nampak baik n kain2 yang mak aku basuh hari neh pun boleh kering nampaknya...huhuhu...tak tau la petang neh pulak..kot2 sang suria merajuk sampai menanges2...huhuhu...
entry aku hari neh pasal beg plastik...huhuhuhu...bukan pembedahan plastik @ benda2 yg seangkatan ngan nya...pasal "Beg Plastik" je ok...huhuu...
minggu lepas ke mnggu yang lepas2 lagi ah??aku pon dah tak ingat dah...yang aku tau dalam tahun neh jugak la...huhuhu...aku ngan mak aku biasa lah,hujung minggu kan...mestla kitaorg g shopping barang dapur...kalo tak kebulur la kitaorg...nak makan apa ntah...huhuhu...jadi mcm biasa...jam menunjukkan pukul 8.00 pagi...aku,mak n bapak aku dah bersiap2 nak g pasar...awal??awal ke??bukan Awal Ashaari eik...tiada kena mengena ngn yg maseh hidup @ yg dah meninggal dunia..lagipon dia dah ada Scha Alyahya...aku tak nak la nak kacau...*chett..perasan punya budak...diaorg bukannya kenal ngn aku pon..hahaha..*..tapi,aku maseh minat ngn Awal..Scha jugak...smoga berbahagia la korg berdua...*isk...sempat jugak aku neh..XD*..


[Scha & Awal..^^Y]

berbalik kpd cerita sbnr..awal yg aku mksudkan tu masa...kan aku nyatakan kitaorg g pasar pkl 8 a.m..kan ke awal tu...huhuhu...tapi,tiada perkataan 'awal' dalam kamus hidup mak aku...pukul 8 pagi tu dah kira lewat sikit tu...takot2 la ikan lari masuk air,ayam masuk reban,sayur2 semua tanam diri masing2 dalam tanah balik....jadi,kalo lambat...takde la makanan utk hari tu...huhuhuhu...jadi,kitaorg g la pasar beli menda2 neh semua...pastu g supermarket pulak...sampai je kat sana,kitaorg pilih la apa yang kitaorg perlukan..banyak jugak la barang tu sampaikan pada mulanya bawak pakai bakul je bertukar ngn troli pulak...banyak sgt la tu...lagipon berat jugak...huhuhu...sampai je kat kaunter....cik akak kat kaunter tu pon cakap,"makcik,ari neh tak pakai kertas plastik eik..kitaorg bungkus pakai kotak je...sebab setiap hari sabtu memang tak pakai beg plastik makcik.."
pulak...pastu,aku fikir2 balik...baru aku ingat sistem neh dah d kuatkuasakan lama dah...setiap Hari Sabtu takleh guna beg Plastik.."No Plastic Bag Day!!"..


sistem neh utk mengelakkan bumi kita drpd terus rosak n tercemar...so,"Save Our Earth..Go Green..!!"..


hahaha...ambik ngko...nasib baik dia bagi kotak...kalo dia bagi kita bawak mcm tu je kan naya..mcm2 saiz ada barang yg kitaorg beli tu...hehehehe...nasib baik la jugak kereta bapak aku park tak jauh dari supermarket NamLeong tu...huhuhu...
kes hari neh pulak,pon sama mcm kes atas tu...g NamLeong jugak...huhuhu...nasib baik kitaorg beli sikit je barang hari neh...kalo tak...apa la nak jadi ngn kitaorg 3 beranak neh...hahaha...cik akak kat kaunter tu cakap,"hari neh kitaorg tak pakai beg plastik,makcik..tapi makcik nak ke?"..mak aku pon jawab smbil ketawa2 kecil mengenangkan nasib diri tak bawak bakul sendiri,"takpe lah..bawak pakai tgn je lah..kereta pon belakang tu je.."...pas abes je pembayaran d buat,aku ngn bapak aku pon angkut la brg2 tu semua..aku tengok dah mcm org mencurik dh kitaorg time tu...hakhakhak...takpe la...utk kesejahteraan bumi kita jugak tu...hehehe...
jadi,pas neh..kalo aku nak g pasar ngn mak aku hari Sabtu,aku mest ingatkan mak aku supaya bawak sekali bakul ke apa ke utk bwk brg2 tu balik...hehehehe...
tak la kitaorg penat2 bawak guna tangan mcm tu je...kan..kan.kan..^^Y

ok la...aku nak chow dulu...lapar la pulak perut aku neh...huhuhu...da..Wassalam...