Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru~~!!

Assalamualaikum W.B.T n Salam sejahtera aku ucapkan....!!
ee...best nya!!!dah masuk tahun baru pun...dah masuk tahun baru neh,kita perlu lah ada azam baru,kehidupan baru...jadikan masa lampau sebagai kenangan ataupun sebagai pengajaran dan pembimbing untuk kita menjalani kehidupan seharian...ok!!
Cerita tentang aku pulak....malam tadi lepas Isyak,pada pukul 8 lebih bertarikh 31/12/2010..aku ngan kakak2 aku g shopping...nak gi cari sale la katakan...macam tajuk karangan yang aku pernah buat untuk ujian akhir tahun neh tadi,"Bagaimana Cara Untuk Berjimat-Cermat"..salah satu daripadanya adalah beli barang time2 Sale neh la...huhu...Bijak2...(chett...angkat bakul sendiri la pulak...hehehehe)...kitaorg g NgiuKee & Everise je...kedai Nam Leong kitaorg tak g sebab dari jauh lagi kitaorg dh nampak punya la penuh org tunggu kat pintu masuk tu...jadi kitaorg batalkan niat kitaorg nak g kat kedai tu...hehehehe...oppss..lupa lak...kedai NgiuKee,Everise & Nam Leong yang aku baru mention sebentar tadi merupakan kedai2 yang boleh d katakan besar n popular la kat Sarikei neh...huhu...yang aku ngan family aku selalu datang atau boleh dikatakan tempat feveret n wajib kitaorg datang,Nam Leong la tempatnya...huhu...tak sempat habis shopping malam tadi,kitaorg sambung pulak hari neh tadi...seluruh ahli keluarga aku g shopping tadi...tak nak la melepaskan peluang keemasan neh....sanggup pulak tu bawak baby Razi yang kecik molek tu sekali sebab tak nak melepas peluang sale yang tak selalu datang tu..hahahaha



Berita neh aku dapat dari Berita Harian yang bertarikh hari neh tadi...

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia akibat serangan jantung


2011/01/01

KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.
Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. - BERNAMA

Semoga rohnya d tempatkan dikalangan org2 yg beriman...Amin....

ok..hari Isnin neh dah mula sekolah dah...jadi aku berazam nak belajar bersungguh2....lagipun dah nak SPM bha...hahahaha
ok la.....aku nak offline lh...nak tengok cerita Jackie Chan "New Police Story" lu...ok..da...Wassalam...^^