Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."
Shafiq:Hello,Shikin sayang...
Shikin:Banyak la Shafiq punya sayang..Shafiq kat mana tu?
Shafiq:Kat mana?err..kat rumah la,tengah buat assignment.
Shikin:Kat rumah?kenapa bising mcm kat cyber cafe je?
Shafiq:Eh,apa pulak?kat rumah la ni...
Shikin:kalau kat rumah,jom temankan Shikin beli barang untuk assingnment.
Shafiq:Hah?!Kalau sekarang tak boleh la...
Shikin:Tak boleh?apasal?
Shafiq:tengah sibuk ni...banyak lagi yang belum siap ni..
Shikin:Ohh..kalau macam tu petang karang boleh tak?
Shafiq:Kalau petang sikit boleh lah.Tolong buat sekali pun boleh...
Shikin:Eleh!Mengada-ngada...Okeyla macam tu.Petang karang ye,Shafiq?Jangan lupa tau!
Shafiq:Okey..Okey..Shafiq takkan lupa.
Shafiq:huh!time genting macam ni la dia nak call..Hiaaaahhh!!!masa untuk balas dendam!
PLAY BACK TIME!!
Selepas 20 minit,hanya tinggal sorg counter-terrorist..sorg terrorist...
seperti biasa,Red-Sniper dah bersedia.
BAMM!!!!!
Arghhh!!!
Terrorist Win!!!!
Shafiq:Lagi sekali?!Woi!!!siapa pakai Red-Sniper hah!!!!!!!!!!!Apa main macam ni?Tak best langsung!!!!!
Pelanggan wanita:*sambil menangis*Ampun..saya janji tak buang masa kat CC lagi...
Pelanggan lelaki 2:Relaks bang...Saya bukak "Friendster" je...
seorg wanita mendekati Shafiq dan berkata :Saya la Red-Sniper tu!
Shafiq:HAH!!!!Shikin ke???
Shikin:Maaf la Shafiq sayang..ingat mamat mana tadi,Shikin tembak je lah..
Shafiq:*berbisik dalam hati*Malunya aku..
Di luar Cyber Cafe..........
Shafiq:Macam mana Shikin boleh ada kat sini?
Shikin:Dah lama dah ada kat sini.sebab tu Shikin boleh dengar riuh macam shafiq kat CC je...tu la..tak berkat tau menipu Shikin ni...Padan muka Shafiq!Tu la kan 'mati' pun sampai dua kali..tak baik tau tipu Shikin!
Shafiq:Ala..tau la..takyah cakap banyak kali..malu ni..T T
TAMAT
p/s:hope korg suka ngn cter neh..cter neh aku dpt dr buku komik feveret aku..hahaha...tajuk2 lain tu aku belum masukkan dalam blog lagi...hm..lagi pun neh la cter yg aku paling suka baca klo aku bkak bku komik tu..hhuhuhuhu...lucu bila aku baca balik..pengajarannya,"jgn menipu"..hahaha...